Isu lokar sekolah: Radzi didakwa cuba salahkan kerajaan

Isu lokar sekolah: Radzi didakwa cuba salahkan kerajaan

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin didakwa cuba menyalahkan kerajaan sekarang ekoran isu berkaitan lokar di sekolah.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, Mohd. Radzi yang juga ahli Parlimen Putrajaya itu cuba menyalahkan kerajaan sekarang sedangkan isu berkaitan lokar di sekolah adalah di bawah kerajaan sebelum ini.

“Menarik isu lokar di sekolah. Saya ajukan soalan kepada Menteri Pendidikan sekarang (Fadhlina Sidek) dan juga Kementerian Pendidikan (KPM) tentang laporan terkini isu lokar tersebut.

“Menariknya mantan menteri (Mohd. Radzi) pulak yang beriya menyalahkan kerajaan sekarang walaupun isu tersebut berlaku di zaman beliau,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, KPM mengumumkan untuk menyediakan lokar di 10,662 kelas di sekolah rendah terlibat dalam usaha menangani isu beg berat dihadapi murid.

Pelaksanaannya bakal melibatkan seramai 323,186 murid dengan peruntukan bagi Fasa 1 dijadualkan bermula 2022 dianggarkan berjumlah RM37.3 juta.

Dr. Mazlee yang kini seorang pensyarah di Universiti Cyberjaya mengemukakan beberapa soalan bagi memudahkan KPM menerangkan kepada rakyat tentang isu lokar yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat.

“Siapakah pembekal? Bagaimana cara perolehan? Runding terus atau tender? Berapa harga seunit? Berapa kos keseluruhan? Berapa murid sudah dapat? Berapa sekolah sudah dapat? Berapa peratus? Dapatkah menyelesaikan isu beg berat murid?” soalnya.

Sebelum ini, Mohd. Radzi yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan bahawa beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebelum meninggalkan KPM.

“Apa yang seharusnya dilaksanakan sewaktu di KPM telah pun saya dan pengurusan KPM ikhtiar dan laksanakan sebaiknya sebelum saya tinggalkan kementerian. Brother, hidup memfitnah ni tiada keberkatan.

“Pelaksanaan inisiatif tersebut adalah mengikut fasa dan secara tender terbuka. Untuk fasa seterusnya, boleh tanya terus kepada Menteri Pakatan Harapan-DAP-Barisan Nasional sekarang,” jelasnya.

Mohd. Radzi berkata demikian bagi menjawab dakwaan Mazlee yang merupakan ahli Parlimen Simpang Renggam bahawa isu lokar sekolah dibawahnya menimbulkan kontroversi dan disenyapkan oleh Perikatan Nasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya