Isu lambakan warga Rohingya perlu diberi perhatian serius - Utusan Malaysia

Isu lambakan warga Rohingya perlu diberi perhatian serius

ABDUL AZIM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri perlu memberi perhatian serius berhubung isu lambakan warga Rohingya yang semakin berleluasa.

Langkah segera perlu diambil berikutan kehadiran warga Rohingya di negeri ini dibimbangi akan mengundang pelbagai masalah khususnya dalam aspek keselamatan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Abdul Azim Abdullah berkata, pemantauan sewajarnya perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri memandangkan kehadiran warga Rohingya itu turut memberi kesan kepada masyarakat setempat.

“Jika dilihat warga Rohingya ini suka bertindak sesuka hati malah ada diantaranya juga turut berniaga tanpa melalui proses yang sah dan mengganggu peniaga tempatan lain.

“Selain itu, ada juga di antara mereka membeli dan memandu kereta serta menunggang motosikal secara haram sehingga mengundang bahaya kepada pengguna lalu lintas,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Berikutan itu, Abdul Azim berkata, permasalahan tersebut perlu dicegah awal oleh pihak berwajib bagi mengawal isu lambakan warga Rohingya di negeri ini.

Katanya, sekiranya kehadiran warga Rohingya di negeri ini gagal dikawal dengan sebaiknya, ia dibimbangi akan menyebabkan Perlis menjadi tumpuan warga asing untuk menetap secara haram.

“Kita tak mahu Perlis menjadi seperti Bukit Malut, Langkawi di mana kawasan itu kini telah dimonopoli oleh warga asing sehingga penduduk tempatan merasa terpinggir,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri boleh menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti kawasan di negeri ini yang mempunyai lambakan warga Rohingya.

“Terdapat beberapa kawasan di negeri ini mempunyai ramai warga Rohingya antaranya seperti Kangar dan Kuala Perlis.
Jadi langkah lebih berkesan perlu diambil bagi mencegah kemasukan mereka ke negeri ini secara haram,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya