Isu dua individu miliki nombor MyKad sama pernah tular sekitar 2020

Isu dua individu miliki nombor MyKad sama pernah tular sekitar 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan isu tular dua individu memiliki nombor myKad yang sama pernah dilaporkan media sekitar 2020.

JPN menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya mendapati isu itu kembali tular di media sosial ketika ini.

Menurutnya, JPN juga ketika itu pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berkenaan.

“Perkara tersebut sudah diselesaikan dan pemilik MyKad tersebut masih lagi memegang nombor kad pengenalan itu dan masih berdaftar sebagai pemilih.

“Siasatan ketika itu mendapati kekeliruan yang berlaku disebabkan terdapat kesilapan semasa proses mendaftarkan nombor telefon dengan pihak Telco berkenaan.

“Kedua-dua individu tersebut memiliki nombor kad pengenalan yang berbeza di dalam sistem JPN,” katanya.

Katanya, warganegara Malaysia hanya akan diberikan dengan satu nombor kad pengenalan dua belas digit yang unik di mana nombor tersebut dijana oleh sistem menggunakan formula tertentu.

Jelasnya lagi, JPN tidak pernah mengeluarkan nombor kad pengenalan yang sama kepada individu berbeza.

Tambah JPN, pihaknya meminta orang ramai tidak mempercayai dan tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan undang-undang boleh diambil bagi penyebaran maklumat yang tidak benar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Sebarang pertanyaan dan kekeliruan berkaitan perkhidmatan JPN orang ramai adalah dinasihatkan untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-8880 7077 atau e-mel ke [email protected],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya