IR4.0: 4.5 juta pekerja berisiko ketinggalan - Utusan Malaysia

IR4.0: 4.5 juta pekerja berisiko ketinggalan

Pekerja
V. Sivakumar meninjau makmal pembangunan teknologi pembuatan SHRC di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan berterusan membiarkan pengambilalihan teknologi dalam Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 menyebabkan 4.5 juta rakyat negara ini kehilangan pekerjaan menjelang 2030 jika tidak melalui proses peningkatan kemahiran dan latih semula.

Keadaan tersebut dikhuatiri bertambah buruk apabila Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2020 mengunjurkan sebanyak 85 juta pekerjaan akan digantikan dengan teknologi automasi atau kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pembuatan, penjagaan kesihatan serta khidmat pelanggan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kemunculan IR4.0 mewujudkan keperluan yang mendesak bagi masyarakat mengubah tenaga kerja supaya menjadi lebih mahir untuk kekal relevan dalam industri.

“Dalam laporan WEF, turut menyatakan bahawa, untuk mengekalkan pekerjaan dalam tempoh dua tahun akan datang, peratus pekerja perlu untuk dilatih semula.

“Pilihan untuk meningkatkan upskilling dan reskilling adalah penting bagi rakyat Malaysia pada ketika ini. Namun, kita bernasib baik kerana pekerjaan yang baharu muncul ialah pekerjaan yang boleh digabungkan dengan teknologi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dan Apresiasi Industry Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP) 2023 di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRC), hari ini.

Dalam program tersebut, beliau memaklumkan, kerajaan melabur RM7.2 juta bagi TalentCorp dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi mentransformasi tenaga kerja di negara ini.

“ID-Tap cukup istimewa dan bermakna demi kemampanan tenaga kerja negara, saya amat bangga dengan agensi-agensi di bawah kementerian, iaitu TalentCorp dan PTPK yang bergabung tenaga untuk melaksanakan program ini.

“Trend pelaburan di Malaysia adalah positif, dengan lebih banyak pelaburan diluluskan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan lain-lain. Ini adalah petanda baik untuk ekonomi negara. 

“Walau bagaimanapun, kita perlu menyediakan kumpulan bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memanfaatkannya. Kita juga harus menggalakkan pelajar memilih program TVET bagi mendapatkan lebih ramai bakat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya