Inovasi meja julang SK Seri Permai 

Inovasi meja julang SK Seri Permai di peringkat dunia

SMART and Easy Table 2.0 (SnET) iaitu inovasi meja dan ruang simpanan buku yang dibangunkan warga pendidik SK Seri Permai, Bayan Baru, Pulau Pinang mendapat pengiktirafan dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Jalan Tengah di sini tersenarai antara 10 sekolah terbaik dunia dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia (WBSP) bagi Kategori Inovasi iaitu menerusi Smart and Easy Table 2.0 (SnET).

Pengumuman itu dibuat kira-kira pukul 2 petang semalam secara dalam talian oleh organisasi pendidikan global, T for Education yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

Ia disambut perasaan gembira oleh seluruh warga SK Seri Permai terutama guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail yang mencetuskan idea SnET 2.0.

SnET 2.0 adalah inovasi meja dan ruang simpanan buku yang membantu mengatasi isu masalah beg sekolah berat dalam kalangan pelajar sekolah.

Mohammad Sabarullah berkata, selepas tersenarai antara 10 sekolah terbaik, SK Seri Permai layak ke pusingan seterusnya iaitu pemilihan untuk kedudukan tiga teratas pada Oktober ini.

”Kami menyertai pertandingan ini secara berperingkat sejak Januari lalu. Diharapkan pada Oktober ini, sekolah ini dipilih sebagai pemenang dan kami dapat berkongsi inovasi SnET 2.0 dengan sekolah-sekolah lain di luar negara,” katanya semalam.

Menurut Mohammad Sabarullah, SnET 2.0 dibangunkan sendiri oleh beliau dengan kerjasama para guru dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani yang mana inovasi tersebut adalah yang pertama di Malaysia serta dunia.

“Kami mula membangunkan SnET 2.0 sejak 2020 dan setakat ini telah memasuki fasa ketiga yang mana kira-kira 300 buah meja lagi dijangka siap September ini untuk kegunaan 1,500 murid,” katanya.

Tambahnya, inovasi SnET 2.0 dapat membantu murid-murid datang ke sekolah dengan lebih gembira kerana mereka tidak lagi terbeban dengan masalah beg sekolah berat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya