Inovasi hijau tukar minyak masak terpakai jadi sabun

Inovasi hijau tukar minyak masak terpakai jadi sabun

LIM Ban Hong (dua dari kanan) melihat demonstrasi penghasilan sabun daripada minyak masak terpakai ketika Program 360 Waste Solution di Taman Bukit Rambai, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Siapa sangka minyak masak terpakai yang lazimnya dibuang boleh diolah menjadi sabun selepas dicampur beberapa bahan lain.

Inovasi hijau itu direalisasikan sekumpulan pelajar semester akhir kejuruteraan awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam, Selangor.

Wakil kumpulan itu, Muhammad Hafizuddin Zainal Fitri, 24, berkata, meskipun produk berkenaan belum dibuktikan secara klinikal sama ada selamat digunakan kepada kulit manusia, sekurang-kurangnya ia boleh dipakai untuk mencuci objek lain seperti pinggan, seterusnya mengurangkan pembuangan minyak masak terpakai tanpa melalui proses kitar semula.

Katanya, mereka mencampurkan tiga bahan utama iaitu air suling, sodium hidroksida dan pewangi bagi menghasilkan sebuku sabun.

“Selain itu kita campurkan daun limau purut yang diracik serta kulit lemon yang mana ia boleh digunakan untuk membasuh tangan, pakaian mahupun pinggan mangkuk.

“Kita akui produk ini belum menjalani ujian makmal bagi membuktikan bahawa ia selamat ke atas kulit manusia. Tetapi sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk membasuh barang contoh dijadikan sabun untuk membasuh pinggan, sinki dan lain-lain.

“Masyarakat tidak tahu cara terbaik untuk melupuskan minyak masak terpakai. Ada yang mengumpulkannya di dalam botol kemudian membuangnya ke dalam tong sampah, lebih buruk ada yang membuangnya dalam saluran sinki sehingga mengakibatkannya tersumbat. Hasrat kita melalui idea ini ia dapat mendidik masyarakat dengan amalan kitar semula,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Muhammad Hafizuddin Zainal ditemui pada Program 360 Waste Solution yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong di Taman Bukit Rambai di sini.

Mengulas projek semester akhir pengajian mereka, Muhammad Hafizuddin Zainal berkata, ia dinamakan sebagai Turning Waste Into Wealth: Cooking Oil Recycling bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung amalan kitar semula khususnya dari rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya