Iklim universiti harus lebih terbuka, bebas - PM - Utusan Malaysia

Iklim universiti harus lebih terbuka, bebas – PM

ANWAR Ibrahim beramah-mesra dengan sebahagian mahasiswa yang menghadiri program Temu Anwar@USM di Dewan Syed Putra USM, George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, iklim di universiti harus lebih terbuka dan bebas yang mana para mahahsiswa perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, teguran dan kritikan.

Jelas Perdana Menteri, hanya dengan pendekatan itu mampu mengangkat mutu universiti.

Ujar beliau, para mahasiswa perlu menimba ilmu supaya dapat membuat penilaian yang baik serta boleh membentuk pemikiran kritis.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan para mahasiswa supaya tidak meninggalkan amalan membaca yang mana budaya itu jika ditinggalkan tidak akan memungkinkan mereka menjadi generasi berilmu.

Malah, beliau turut memberi contoh dalam polemik tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang yang mana semua perkara itu sudah diperjelaskan dalam banyak buku dan boleh difahami serta diketahui menerusi amalan pembacaan.

“Kalau mahu jadi pemimpin lebih-lebih lagi dalam dunia mencabar ketika ini, jangan main suara picisan sebaliknya guna ilmu dan selamatkan rakyat,” katanya pada program Temu Anwar@USM di Dewan Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sin hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, negara mengharapkan generasi muda khususnya dalam kalangan mahasiswa yang mempunyai karisma, pendirian, keyakinan, keberanian serta matlamat dan tujuan hidup yang jelas.

Sehubungan itu, jelas beliau, mahasiswa khususnya tidak boleh berada dalam kerangka perkauman sempit atau bersikap pelampau agama serta menanam kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Kita terima kenyataan dan prinsip yang termerai dalam Perlembagaan tentang kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

“Tetapi ini bukan alasan untuk kita tanam bibit-bibit kebencian kerana semua rakyat tanpa kira warna kulit dan keturunan mempunyai hak.

“Jadi, ini ketikanya di mana anak-anak muda bangkit mempertahankan nilai-nilai negara yang kita pegang selama ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya