IJN rawat 5 juta pesakit sejak 1992 - Utusan Malaysia

IJN rawat 5 juta pesakit sejak 1992

DR. AIZAI AZAN ABDUL RAHIM (tiga kiri) bertukar dokumen dengan Rosli pada Majlis Menandatangani MoU dan MoA antara IJN dan UTM di UTM Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Institut Jantung Negara (IJN) merawat kira-kira lima juta pesakit yang mengalami pelbagai masalah jantung sejak ditubuhkan pada Ogos 1992.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim berkata, secara purata pusat perubatan itu merawat seramai 250,000 pesakit setiap tahun, namun jumlah itu boleh ditambah sekiranya keadaan kesihatan awam memerlukan.

“Walaupun jumlah itu kedengaran besar, namun kita mempunyai kapasiti untuk memberi rawatan kepada lebih ramai pesakit kerana fasiliti tersedia mencukupi, dengan kakitangan berkepakaran dalam setiap bidang berkaitan.

“IJN mempunyai sembilan dewan bedah khusus untuk merawat pesakit jantung, iaitu kita boleh membuat sebanyak 18 pembedahan dalam sehari.

“Kita juga mempunyai seramai 2,400 kakitangan dengan jururawat melebihi 1,000 orang dan mereka adalah tulang belakang perkhidmatan di IJN, manakala doktor pula seramai 170 orang,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara IJN dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md. Illias.

Dr. Aizai berkata, pihaknya komited untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan, termasuk memendekkan tempoh menunggu rawatan bagi pesakit-pesakit baharu.

“Secara purata, sebanyak 80 peratus pesakit dengan kes baharu akan menerima tarikh janji temu dengan doktor dalam tempoh dua minggu, manakala pembedahan pula, purata masa menunggu bagi pembedahan elektif (bukan kecemasan) dalam tempoh kira-kira 14 minggu,” jelasnya.

Mengulas tentang MoU dan MoA berkenaan, Rosli pula memaklumkan kerjasama antara UTM dan IJN telah terjalin sejak 2013 dan disambung selama lima tahun lagi bermula tahun in

“Sepanjang kerjasama itu, kedua-dua pihak telah menjalankan pelbagai program dan penyelidikan bersama selain turut menubuhkan Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM pada 2013.

“Antara penyelidikan dalam bidang kardiovaskular dijalankan merangkumi pembangunan alat peranti jantung, membran dan graf vaskular atau jantung, sistem rehabilitasi dan telemetri, sistem pengurusan data kesihatan dan sistem telerobotik,” jelasnya.

UTM juga sedia bekerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik dengan pihak IJN bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan di pusat berkenaan pada masa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya