Hujan lebat, angin kencang hingga 3 petang ini di 10 negeri

Hujan lebat, angin kencang hingga pukul 3 petang ini di 10 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa kawasan di 10 negeri sehingga pukul 3 petang ini. 

Menurut Met Malaysia, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Labuan. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak). 

“Selain itu, di Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor); Negeri Sembilan (Tampin); Melaka; Johor dan Sarawak: Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Limbang (Lawas). 

“Seterusnya di Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat serta Labuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya