Hayat Pafa masih ada - Utusan Malaysia

Hayat Pafa masih ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hayat persatuan bola sepak paling tua di negara ini, Persatuan Bola Sepak Perak( Pafa) nyata masih panjang apabila rayuannya diterima oleh Menteri Belia dan Sukan.

Perkembangan terbaru mengenai Pafa itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah.

“Alhamdulillah, rayuan yang dibuat oleh pengurusan Pafa dengan sokongan kerajaan negeri terhadap keputusan Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah diterima oleh Menteri Belia dan Sukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Khairuddin, akan ada Jawatankuasa Bertindak dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan untuk mengurus tadbir Pafa sehingga pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Sebelum ini, Pafa menghadapi kemungkinan dibatalkan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) kerana gagal mematuhi syarat berikutan krisis dalaman.

Malah, surat pembatalan sudahpun dikeluarkan, bagaimanapun Pafa dibenarkan mengemukakan rayuan.

Berikutan itu, Naib Presiden III, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin dalam usaha menyelamatkan persatuan itu membuat rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terhadap keputusan PJS itu.

Rayuan itu diterima oleh Hannah menyaksikan Pafa kembali hidup.

“Atas usaha pihak-pihak yang masih sayangkan Pafa, persatuan ini berjaya diselamatkan,” kata Khairuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya