Hawari antara lima pendaki hilang musim pendakian Everest 2023

Hawari antara lima pendaki hilang musim pendakian Everest 2023

MUHAMMAD HAWARI HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, bukanlah satu-satunya pendaki yang hilang di pergunungan Everest bagi musim pendakian tahun ini.

Portal berita tempatan berpangkalan di Nepal, The Himalayan Times (THT) melaporkan Muhammad Hawari adalah antara lima pendaki yang hilang dan jasad mereka masih gagal ditemukan sehingga kini.

Menurut portal itu, empat lagi pendaki yang masih hilang ialah pendaki Hungary, Suhajda Szilard dan Shrinivas Sainis Dattatraya (Singapura) serta Ranjit Kumar Shah (Janakpur) dan malim gunungnya, Lakpa Nuru.

THT berkata, musim pendakian kali ini boleh dikatakan antara yang paling berisiko dan meragut paling banyak nyawa termasuk yang masih hilang.

Data juga mendedahkan, seramai 12 pendaki maut termasuk seorang lagi pendaki ME2023, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, yang disahkan meninggal dunia pada 19 Mei lalu.

THT turut melaporkan, antara yang maut dan hilang itu adalah 10 warga asing dan tujuh warga Nepal membabitkan malim gunung, pekerja gunung dan pendaki.

Sementara itu, penganjur ekspedisi Mingma Gyalje Sherpa menyifatkan musim pendakian kali ini sangat berisiko dan berbahaya, malah cuacanya sangat sejuk dan kebanyakan kes kematian disebabkan faktor kecuaian.

“Bilangan kematian yang lebih tinggi direkodkan pada musim lalu, bagaimanapun ia membabitkan mangsa yang terkorban dalam bencana runtuhan salji.

“Pada 2014, 16 malim gunung warga Nepal terbunuh akibat runtuhan salji, manakala pada 2015 pula, sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam gempa bumi yang turut mengorbankan hampir 9,000 orang di seluruh Nepal.

“Kira-kira lima pendaki mati setiap tahun akibat kekurangan oksigen dan kemalangan,” katanya.

THT turut melaporkan, Nepal mengeluarkan 478 permit pendakian bagi musim kali ini membabitkan pembabitan 600 pendaki dan malim gunung.

Sekretariat ME2023 pada sidang akhbar di Kathmandu, Nepal hari ini memutuskan misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari akan disambung pada musim pendakian tahun depan kerana dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu selepas berjaya menawan puncak Everest sehari sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya