Hartanah mewah jadi 'buruan' warga Singapura

Rakyat Singapura buru hartanah di Johor

MOHD. Jafni Md. Shukor membuat cabutan pada Majlis Undian Terbuka RTBJ Taman Kempas Utama, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hartanah di negeri ini menjadi buruan pembeli dari Singapura ekoran harga rumah persendirian di republik itu terus melambung, menjadi antara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata,

Beliau berkata, penganjuran Expo Perumahan Negeri Johor yang bulan depan tepat pada masanya dalam mempromosikan hartanah tidak terjual termasuk kediaman bernilai jutaan ringgit.

“Maklum balas daripada pihak pemaju cukup positif setelah pembeli dari Seberang Tambak menunjukkan minat membeli kediaman mewah di negeri ini. Secara tak langsung dapat mengurangkan bilangan kediaman tidak terjual di negeri ini.

“Dasar Perumahan Rakyat Johor hanya membenarkan jualan hartanah bernilai RM1 juta ke atas kepada warga asing termasuk dari Singapura. Di Johor terdapat 1,101 rumah atas tanah yang bernilai jutaan ringgit yang masih tidak terjual,” katanya pada Majlis Undian Terbuka Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) Taman Kempas Utama di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), di sini.

Pada 30 Mei lalu, Urban Land Institute melaporkan harga rumah persendirian di Singapura mengatasi Hong Kong untuk menjadi yang paling mahal di Asia Pasifik (APAC) pada 2023 dan sewa di negara itu juga tertinggi di rantau ini.

Dalam pada itu, Mohd. Jafni berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengurangkan kediaman tidak terjual termasuk mengadakan Expo Perumahan Johor pada bulan depan.

“Sebanyak 80 peratus kediaman tidak terjual di negeri ini terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan terutama di Johor Bahru dan Iskandar Puteri dengan sebanyak 11,512 unit merupakan hartanah bernilai RM500,000 hingga RM1 juta,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya