Hak, keistimewaan Inspektor Sheila digantung

Hak, keistimewaan Inspektor Sheila digantung

SEGALA kuasa, hak dan keistimewaan S. Sheila sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai polis wanita, Inspektor Percubaan S Sheila Sharon telah dikenakan tahan kerja oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perintah yang diambil di bawah Seksyen 78 Akta Polis 1967 itu sudah disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.

“Sehubungan itu, segala kuasa, hak dan keistimewaan subjek sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, S Sheila juga sudah dihadap ke Mahkamah Majistret dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pegawai polis wanita yang tular dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Bagaimanapun, tertuduh, S Sheila Sharon, 35, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya