Hafidz sahkan hubungan dengan Athirah selepas cerai - Utusan Malaysia

Hafidz sahkan hubungan dengan Athirah selepas cerai

HULU SELANGOR 9 Jun 2023 - PELAKON Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Majistret, Kuala Kubu Bharu untuk sebutan kali kedua dakwaan mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini. - M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Declaration untuk dia (Athirah) akan dibuat selepas saya bercerai, Insya-Allah”

Itu komen pelakon, Hafidz Roshdi, 28, berkenaan status hubungan dengan teman wanitanya, Athirah Yuhada yang sehingga ke hari ini masih menimbulkan persoalan ramai.

Hafidz yang hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru bagi sebutan semula kes dan laporan psikiatri pagi tadi memaklumkan status hubungan dengan wanita tersebut masih dibincangkan lagi.

“No comment. Perkara itu dibawah perbincangan lagi. Saya tak boleh bercakap lebih lanjut,” katanya.

Pelakon filem Makrifat Cinta itu baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila menanda wanita berkenaan di media sosialnya.

Masalah rumah tangga pelakon itu meruncing apabila isterinya, Shuhada yang mendakwa suaminya curang dengan wanita lain memfailkan cerai terhadap pelakon berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam 27 Februari lalu.

Pada 2 Mac lepas pula, Shuhada tampil mendedahkan dirinya telah dicederakan Hafidz dalam kejadian yang berlaku berdekatan tol Sungai Buaya.

Disebabkan itu mahkamah memerintahkan Hafidz menjalani pemeriksaan dan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan pada Mac lepas.

Hafidz bagaimanapun mengaku tidak bersalah menumbuk isterinya tiga kali di bahagian pipi sehingaa mengakibatkan luka, lebam dan bengkak.

Sementara itu, Hafidz memaklumkan dia tidak berhubung dengan Shuhada sehingga ke hari ini.

“Semua melalui peguam,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili pelakon berkenaan, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya telah memfailkan permohonan untuk mengesahkan penceraian.

“Kita kena selesaikan dahulu status cerai di mahkamah. Jadi kami tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan pra matang.

“Hafidz sudah failkan permohonan untuk sahkan cerai. Biar mahkamah putuskan kemudian baru Hafidz buat keputusan,” katanya kepada pemberita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya