‘Geng Daus’,‘Geng Hafiz’ aktif curi motosikal tumpas - Utusan Malaysia

‘Geng Daus’,‘Geng Hafiz’ aktif curi motosikal tumpas

curi motosikal
MOHD. Iqbal Ibrahim (tengah) melihat antara motosikal dan rangka serta komponen-komponen lain yang dirampas polis dalam Op Lejang pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sembilan terbabit dalam ‘Geng Daus’ dan ‘Geng Hafiz’ dicekup polis bersama 13 buah motosikal yang dicuri sekitar bandar raya ini dan Klang, pada awal Mei lalu.

Kedua-dua sindiket itu dikesan bergerak aktif sejak empat bulan lalu sebelum tumpas dalam siri serbuan polis menerusi Operasi (Op) Lejang di sekitar Banting, Klang dan Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, modus operandi digunakan kedua-dua geng terbabit adalah dengan menyentak kunci hendal motosikal sebelum membuat sambungan wayar bagi menghidupkan enjin.

“Dua kumpulan ini dipercayai aktif mencuri pelbagai jenis motosikal, tidak kira apa jenama pun sejak bulan Januari lalu. Ada yang di antara mereka sebelum ini pernah dipenjarakan atas kes curi motosikal,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Beliau menambah, dalam serbuan tersebut polis turut merampas tiga rangka motosikal, dua buah enjin, dua kulit enjin dan beberapa komponen lain.

Jelas Mohd. Iqbal, anggtoa kedua-dua kumpulan tersebut menyasarkan kawasan parkir kenderaan awam, pangsapuri dan flat sebagai lokasi bagi mencuri kenderaan itu.

Malah, suspek yang ditahan berusia 24 hingga 23 tahun, sebahagiannya dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Jadi, kita tidak tolak kemungkinan mereka gunakan duit jual komponen kenderaan dicuri itu untuk membeli dadah.

“Motosikal itu turut dileraikan untuk dijual sebagai alat ganti sementara hasilnya pula dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka,” ujarnya.

Katanya lagi, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan ada sebahagiannya sudah dituduh di mahkamah, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya