Gelandangan buat kecoh didenda RM300 - Utusan Malaysia

Gelandangan buat kecoh didenda RM300

Gelandangan
MOHD. Asri Abdullah, yang sebelum ini tular mengamuk dalam restoran selepas tidak dipanggil baby dibawa ke Mahkamah Majistret di Shah Alam Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang gelandangan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistet di sini, hari ini selepas mencetuskan kekecohan dekat sebuah restoran di Subang Jaya pada 4 Jun lalu.

Tertuduh Mohd. Asri Abdullah mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali yang turut menetapkan penjara tujuh hari jika gagal membayar denda.

Terdahulu ketika pertuduhan dibacakan, lelaki berusia 50 tahun yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan mudarat awam sehingga menyebabkan kegusaran ketika berada dekat sebuah restoran di Putra Heights, Subang Jaya pada pukul 9 pagi.

Oleh demikian, gelandangan yang berpakaian kemeja jalur biru itu dituduh di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM400 jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu merupakan pelanggan dekat restoran berkenaan secara tiba-tiba bertindak agresif dengan menjerit dan membaling bungkusan makanan serta minuman panas ke arah dalam kedai sehingga terkena seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

Kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham dengan seorang pekerja di restoran berkenaan tidak mengendahkan permintaan tertuduh supaya dipanggil sebagai ‘abang’ atau ‘baby’, sebaliknya pekerja berkenaan terus memanggilnya sebagai ‘pakcik’.

Justeru, Mohd. Asri terus bertindak agresif dan memaki hamun sebaik sahaja pekerja tersebut menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan olehnya.

Selain itu, tertuduh juga membaling beberapa buah kerusi dalam kedai dan juga menendang meja makan beberapa kali sehingga mendatangkan ketakutan dan gangguan kepada pelanggan lain.

Prosiding berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Binti Norazma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya