Gagal memotong, dua individu maut - Utusan Malaysia

Gagal memotong, dua individu maut

KEADAAN van yang dinaiki kedua-dua mangsa remuk selepas bertembung dengan sebuah treler di jalan Kota Bharu-Machang-Jeli berhampiran Kampung Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan. – UTUSAN/IHSAN ORANG RAMAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Dua individu maut selepas van yang mereka naiki gagal memotong kende­raan lain sebelum bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di jalan Kota Bharu-Machang-Jeli berhampiran Kampung Batang Merbau di sini, kelmarin.

Kejadian pukul 8.30 malam itu menyebabkan pemandu van tersebut, Muhamad Isyhad Ismi dan penumpang, Nur Farah Nabilah Che Hasan, 23, maut di lokasi selepas me­ngalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah Tanah Merah menghala ke Jeli.

Menurutnya, setiba di lokasi, van yang dipandu Muhamad Isyhad dari arah Jeli menghala Tanah Merah dipercayai sedang memotong ken­deraan lain.

“Van tersebut telah bertembung dengan sebuah treler sehingga kenderaan berat itu terbalik.

“Ia menyebabkan pemandu dan penumpang van ber­kenaan tersepit dan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd. Haki memberitahu, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas pemandu treler itu mendapati negatif dadah.

“Siasatan awal yang dijalankan turut mendapati kemalangan itu berpunca daripada pemandu van yang memotong kenderaan lain sehingga berlakunya kemalangan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya