Gabungan NGO Tambun wujud kerjasama sejajar prinsip Madani

Gabungan NGO Tambun wujud kerjasama sejajar prinsip Madani

AHMAD Farhan Fauzi ketika berucap kepada wakil-wakil NGO di Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMBUN: Sebanyak 51 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merentas parti bekerjasama merangka strategi dan bersidang untuk menangani permasalahan kemiskinan, ketidaksamaan dan pendidikan di daerah ini.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, usaha menghimpunkan persatuan-persatuan tersebut menterjemahkan prinsip serta rukun Madani yang diangkat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kawasan Tambun merupakan tempat yang kaya dengan keindahan alam dan sejarah unik, namun kita juga menghadapi tentangan yang berbeza seperti kesan perubahan iklim, kemiskinan dan jurang pembangunan antara kota dan desa.

“Pertemuan ini adalah satu platform penting untuk bekerjasama merungkai serta menjelmakan penyelesaian terbaik bagi sebarang isu berbangkit. Melalui kerjasama dan kekuatan kolektif, kita dapat mencapai banyak perkara bermanfaat bagi masyarakat lingkungan,” katanya dalam ucapannya mewakili Anwar dalam persidangan NGO tersebut di Ipoh, Perak, hari ini.

Persidangan NGO itu digerakkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen (APPGM-SDG) yang ditubuhkan Parlimen Malaysia sebagai usaha bipartisan terhadap pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di semua konstituensi Parlimen Malaysia.

Wakil 51 NGO terlibat adalah terdiri daripada 31 pertubuhan kaum Melayu, 10 pertubuhan Cina dan 10 pertubuhan India.

APPGM-SDG kini mempunyai 97 rakan solusi dengan lebih 5,000 peserta tempatan bagi membantu mencapai matlamat pembangunan lestari.

Ketua setiausahanya, Prof Datuk Dr. Denison Jayasooria pula berkata, persidangan tersebut merupakan permulaan untuk mengumpul lebih banyak NGO di Tambun supaya boleh bersama mencari penyelesaian bagi permasalahan rakyat.

“Kita mengadakan perjumpaan dan mengajak supaya lebih ramai menjadi rakan untuk membangunkan peringkat komuniti akar umbi.

“Proses membangunkan komuniti bukan sahaja peranan Kerajaan Persekutuan, negeri atau tempatan tetapi ia adalah penglibatan seluruh masyarakat Malaysia termasuk NGO,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya