Gabema Academy, KLIEC jalin kerjasama

Gabema Academy, KLIEC jalin kerjasama

MOHD. Norizwan Ali (dua dari kanan) hadir dalam majlis menandatangani MoU antara Gabema Academy dan KLIEC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabema Academy mengorak langkah apabila menjalinkan kerjasama dengan Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) bagi melahirkan pakar blockchain di negara ini.

Pengarah Urusan Gabema Academy, Mohd. Norizwan Ali berkata, pihaknya akan bekerjasama sebagai penyedia latihan bertauliah bagi program Professional Diploma In Blockchain and Decentralized Finance yang mendapat akreditasi London Examination Board (LEB).

Menurutnya, program itu diwujudkan sebagai salah satu inovasi bagi mendepani cabaran semasa dalam era yang semakin kompleks dengan perkembangan teknologi pesat.

“Dalam dunia yang serba pantas pada hari ini, perkembangan teknologi dalam dunia telah mengubah bentuk industri dengan kemunculan teknologi blockchain dan kewangan tidak berpusat.

“Kemunculan teknologi ini juga telah menyebabkan inovasi industri ke arah digital dan menyebabkan peningkatan permintaan bagi profesional yang berkemahiran dalam bidang ini dengan pengetahuan meluas diperlukan. Bagi memenuhi keperluan pasaran, program Profesional Diploma In Blockchain and Decentralize Finance diperkenalkan dalam melahirkan pakar dalam bidang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Gabema Academy merupakan institusi pendidikan yang menawarkan pengajian dalam industri teknologi kewangan digital dengan barisan tenaga pengajar pakar dan mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam industri.

Manakala, KLIEC merupakan sebuah pertubuhan perintis yang diasaskan di Malaysia dan berdedikasi untuk mempromosikan pendidikan serta latihan bertaraf antarabangsa.

Tambah Norizwan, kerjasama itu menyasarkan seramai 50 pelajar pada sesi pengambilan kedua yang baru dibuka baru-baru ini, seterusnya mencapai sasaran keseluruhan seramai 1,000 pelajar pada akhir tahun ini.

“Program itu bertujuan membuka ruang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan mereka menerusi modul yang diperkenalkan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

“Pelajar dapat memahami asas pembinaan blockchain, kewangan tidak berpusat, kontrak pintar, menganalisa dalam pasaran digital aset kripto, dapat memastikan pelabur dan syarikat mematuhi undang-undang serta regulasi digital aset kripto,” ujarnya.

Katanya lagi, pelajar juga akan mendapat sokongan dan bantuan dalam membina kerjaya yang sesuai dengan latar belakang dan kemahiran mereka sama ada sebagai tenaga pengajar, konsultan atau penganalisa.

“Mereka juga boleh memilih untuk menggunakan kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari dalam memulakan kerjaya sebagai usahawan dalam industri blockchain dan kewangan tidak berpusat.

“Ia sama ada membina projek blockchain bagi kegunaan syarikat atau membawa produk blockchain ke pasaran Malaysia dengan bantuan dan sokongan dari Gabema Academy.

“Kesedaran mengenai blockchain masih rendah di kalangan masyarakat negara ini di mana hanya lima peratus sahaja yang mengetahuinya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya