Farisha Iris nafi rampas tunang orang - Utusan Malaysia

Farisha Iris nafi rampas tunang orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Farisha Iris, 24, menafikan dia merampas kekasihnya sekarang yang juga bekas pemain bola sepak, Hardee, 29, daripada seorang pempengaruh media sosial terkenal.

Kata pemilik nama sebenar Farisha Asmadi itu, tuduhan tersebut yang dilayangkan netizen di media sosial adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

“Orang kata saya perampas. Itu tidak benar sebab kami baru kenal sekitar 1 Mac 2023.

“Saya tahu dia sebelum ini putus tunang tapi saya tidak pernah mahu ambil tahu tentang kisah silamnya. Saya akan tanya kepada dia sendiri jika ada cerita tentangnya yang saya dengar dari orang lain.

“Apa yang diperkatakan netizen di media sosial tidak tepat pada saya. Tapi saya tak boleh tutup mulut orang, halang mereka daripada bercakap tentang kami. Jadi saya biarkan sahaja,” katanya kepada pemberita, semalam.

Nama Farisha tular gara-gara hubungan cintanya dengan Hardee yang sebelum ini putus tunang dengan seorang pempengaruh media sosial, Myra Zainal yang didakwa berpunca daripada orang ketiga.

Disebabkan itu timbul dakwaan liar yang mengaitkan Farisha sebagai perampas manakala Hardee sebagai seorang kaki perempuan.

Farisha mengakui dia terkesan dengan tohmahan netizen. Katanya dia terkilan apabila ada yang cuba melayangkan tuduhan tanpa sebarang bukti.

“Memang saya terkesan. netizen sekadar bercakap, kata dia lelaki gatal dan sebagainya. Tapi tak sertakan bukti.

“Setiap kita ada cerita masing-masing. Saya boleh cerita kisah silam saya. Tapi aib saya Allah tutup sampai sekarang, Alhamdulillah. Itu pun tak tahu sampai bila,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya