FAMA jamin bekalan makanan Aidiladha cukup - Utusan Malaysia

FAMA jamin bekalan makanan Aidiladha cukup

FAMA Aidiladha
AMINUDDIN Zulkipli (tengah) meninjau bekalan makanan dijual dekat pasar tani di Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memastikan bekalan makanan sempena hari raya Aidiladha mencukupi susulan pelbagai agensi melakukan persediaan awal termasuk meningkatkan stok dalam pasaran.

Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli berkata, FAMA kini sedang memantau bekalan daging lembu, ayam, kelapa dan beberapa bahan lain dan mendapati ia cukup untuk kegunaan umat Islam bagi menyambut Aidiladha pada Khamis ini.

“Kita yakin pengguna tidak akan menghadapi masalah mendapatkan barang keperluan itu kerana persediaan awal menambah bekalan sentiasa dibuat agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

“Jadi, orang ramai tidak perlu gusar mengenai kekurangan bekalan daging dan ayam pada Aidiladha kali ini,” katanya pada pelancaran Program Jualan Khas Aidiladha Madani Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Dalam program tersebut, jualan khas diadakan di 203 gerai pemasaran di bawah FAMA seperti di pasar tani, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok (MNS), yang bermula semalam sehingga 28 Jun ini.

Menurut Amirudin, orang ramai boleh membeli Kombo Madani, iaitu bahan-bahan masak seperti seekor ayam, seikat serai, beberapa biji halia serta lengkuas dengan harga RM10 sebakul berbanding RM15 sebelum ini.

“Untuk keseluruhan jualan khas Aidiladha ini, kami sasarkan nilai jualan sebanyak RM11 juta. Daripada jumlah itu, kami sasarkan jualan RM440,000 bersamaan 30,000 ekor bagi komoditi ayam, manakala daging pula bernilai RM220,000 bagi 6.2 metrik tan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya