Enam beradik korban lembu sado, agih untuk 1,000 penduduk

Enam beradik korban lembu sado, agih untuk lebih 1,000 penduduk

NIK Mohd. Sulaiman Nik Nizam (kanan) dan Nik Samsuliskandar bersama lembu sado jenis Charolais yang diternak di Kampong Banggol Durian, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Enam beradik teruja dapat mengorbankan seekor lembu sado jenis Charolais seberat 960 kilogram untuk berkongsi rezeki dengan penduduk kampung sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Nik Mohamad Salahudin Nik Nizam, 30 berkata, mereka enam beradik memilih lembu sado sebagai haiwan korban kerana berpuas hati dengan dagingnya yang banyak untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Katanya, seorang sahabatnya dari Manir di sini turut mengambil satu bahagian daripada lembu sado itu sebagai tambahan korban selain enam bahagian daripada mereka adik-beradik.

Katanya, anak lembu sado jantan yang diberi nama Rudy itu dibeli daripada kawannya di Gong Badak tahun lalu pada harga RM10,000.

“Tujuan saya beli ketika itu kerana mahu menyertai Himpunan Lembu Sado Pantai Timur 2022 yang diadakan di Jabi, Besut.

“Ketika itu, Rudy baru berusia dua tahun dan alhamdulillah Rudy dinobatkan sebagai Prince of Sado bagi kategori junior dan menerima hadiah RM500.

“Sebab itu kami enam beradik bersetuju memilihnya sebagai haiwan korban pada tahun ini kerana ia adalah haiwan terbaik yang kami ada ketika ini. Majlis korban kali ini
adalah tahun kedua,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Durian dekat Serada di sini, semalam.

Katanya, walaupun sangat sayangkan Rudy, mereka enam beradik faham tujuan ibadah korban adalah untuk melatih umat Islam melepaskan sesuatu yang disayangi semata-mata kerana Allah SWT.

“Apa yang kita lakukan hari ini hanyalah secebis kecil pengorbanan berbanding pada zaman Rasulullah SAW. Paling penting, daging ini dapat diagihkan kepada lebih 1,000 penduduk di sekitar kampung ini dan semoga ibadah korban kami ini diterima Allah SWT,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya