Empat sekeluarga maut, dua parah kereta bertembung treler

Empat sekeluarga maut, dua parah kereta bertembung treler

EMPAT daripada enam sekeluarga yang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Kulim-Baling berhampiran sebuah kilang di Padang Meha, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Empat sekeluarga maut, sementara dua lagi anak mereka parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dengan treler di Jalan Kulim-Baling berhampiran sebuah kilang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kereta jenis Perodua Bezza dinaiki oleh enam sekeluarga itu dari arah Kulim menghala ke Baling.

Mangsa yang meninggal adalah seorang lelaki berusia 32 tahun, dua wanita berusia anggaran 30 dan 59 tahun serta seorang bayi perempuan berusia lingkungan lapan bulan.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.06 petang.

“Terdapat enam mangsa dalam kereta terbabit yang mana empat daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia lingkungan dua dan enam tahun dipercayai cedera parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rahim berkata, kesemua mereka dipercayai tersepit dalam kenderaan itu sebelum dikeluarkan dengan peralatan khas resque tools.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim dengan bantuan ambulans KKM, manakala empat yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Mohamad Redzuan Adam, 41, yang menaiki kereta bersama keluarganya berada di belakang kenderaan mangsa terkejut melihat kejadian itu.

Katanya, ketika mereka berada di belakang kereta mangsa secara tiba-tiba kereta terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Saya terkejut apabila melihat kereta di hadapan saya terhuyung-hayang sebelum bertembung dengan sebuah treler. Kereta itu berpusing sebelum terbabas di bahu jalan, saya dalam keadaan panik terus memberhentikan kereta dan menolong mangsa.

“Kami hubungi pihak polis dan bomba bagi membantu mangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya