Elemen kasih sayang jadi pemangkin motivasi buat pelajar - Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

Elemen kasih sayang jadi pemangkin motivasi buat pelajar – Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkenan menyampaikan plak sewaktu mengetuai lawatan khas ke Kompleks Kementerian Pendidikan Ethiopia di Addis Ababa, baru-baru ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Penerapan elemen kasih sayang dan beradab tinggi mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan semangat motivasi buat pelajar di semua peringkat pembelajaran.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah ini berupaya bagi membantu menarik minat pelajar untuk sentiasa kekal dalam momentum yang sebaiknya.

“Pendekatan pengajaran yang kreatif, ceria dan perasaan penuh gembira dapat menarik minat pelajar untuk kekal dalam momentum yang optimum,” titah baginda sewaktu berkenan berangkat mengetuai lawatan khas ke Kompleks Kementerian Pendidikan Ethiopia di Addis Ababa, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh dua Timbalan Menteri Pendidikan Ethiopia iaitu Dr. Samuel Kifle dan Dr. Fanta Mandefro.

Turut mengiringi baginda adalah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Sewaktu kunjungan berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Ethiopia dalam melaksanakan transformasi dengan mempertingkatkan teknologi bagi mengurangkan permasalahan dihadapi dalam sektor pendidikan.

Usaha ini dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam mempertingkat peratusan membaca serta melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam pertemuan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkesempatan berkongsi pengalaman mengenai usaha Perlis sebagai sebuah ‘Negeri Ilmu’ menerusi pendekatan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak sama ada di dalam mahu pun luar negara.

Titah baginda, model kerjasama antara MAIPs dan Ethiopian Islamic Affairs Supreme Council (EIASC) melalui perjanjian hasrat persefahaman yang ditandatangani sebelum ini boleh dikembangkan ke pelbagai institusi dan agensi pendidikan di Malaysia dan Ethiopia.

Terdahulu, baginda berdua turut berkenan mengadakan lawatan ke Sekolah Merwa Academy, di Addis Ababa, iaitu sebuah sekolah rendah yang memberikan fokus kepada sikap dan konsep pembelajaran praktikal.

Selain itu, baginda juga berkenan melawat ke Addis Ababa University (AAU) yang merupakan universiti tertua dan terbesar di negara berkenaan serta ditubuhkan pada tahun 1950.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya