Ebara Corporation labur RM30.4 juta di Batu Kawan - Utusan Malaysia

Ebara Corporation labur RM30.4 juta di Batu Kawan

CHOW Kon Yeow pada majlis perasmian kilang baharu Ebara Precision Machinery Malaysia Sdn. Bhd. di Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Peneraju industri semikonduktor yang berpangkalan di Jepun, Ebara Corporation menerusi anak syarikatnya, Ebara Precision Machinery Malaysia Sdn. Bhd. melabur sebanyak RM30.4 juta untuk mengembangkan kilang pembuatannya di sini.

Pengarah Urusan Ebara Precision Machinery Malaysia Sdn. Bhd., Takashi Sugiyama berkata, Batu Kawan adalah lokasi paling strategik susulan ia mudah diakses oleh pembekal dan pelanggan.

“Kilang yang mula beroperasi awal bulan ini turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan buat warga tempatan.

“Kita sememangnya memiliki perancangan untuk mengembangkan operasi di sini selain memastikan dapat terus menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian kilang itu yang disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Kon Yeow optimis syarikat tersebut akan terus berjaya dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan meliputi industri semikonduktor, LED dan elektronik.

“Kewujudan kilang baharu ini akan memudahkan lagi urusan perkhidmatan jualan dan pemasaran, pemasangan dan perkhidmatan berkaitan.

“Difahamkan, lebih 100 peluang pekerjaan baharu berjaya diwujudkan sekali gus menggalakkan lebih banyak kerjasama serta perkongsian berkaitan teknologi terkini yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata, Pulau Pinang berjaya mencatatkan RM13.7 bilion dalam pelaburan pembuatannya tahun lalu.

“Pelaburan langsung asing (FDI) pula dicatatkan sebanyak RM9.7 bilion atau 71 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan bagi tahun 2022.

“Malah, Pulau Pinang muncul sebagai penyumbang kedua terbesar negara menerusi pelaburan pembuatan yang diluluskan bagi suku tahun pertama tahun ini.

“Selain itu, RM3.3 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama (Januari-Mac 2023) tahun ini terdiri daripada 35 projek pembuatan sekali gus dianggarkan mewujudkan 2,217 peluang pekerjaan baharu di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya