DUN Terengganu dijangka bubar esok - Utusan Malaysia

DUN Terengganu dijangka bubar esok

AHMAD Samsuri Mokhtar mengadakan sidang akhbar selepas menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan cadangan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada esok.

Beliau menghadap Sultan Mizan  di Istana Syarqiyyah dekat Chendering, di sini, kira-kira  pukul 9 pagi.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Ahmad Samsuri dilihat memasuki pekarangan Istana Syarqiyyah pada pukul 8.38 pagi dan keluar dari istana tersebut  kira-kira 40 minit kemudian.

Ketika ditemui di luar pekarangan istana itu, Menteri Besar berkata, beliau telah  mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran itu pada esok.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mahu mendahului Sultan Mizan dan hanya akan mengumumkan tarikh secara rasmi sebaik diperkenan oleh baginda.

“Alhamdulillah, apa pun kita tunggu dokumen disahkan dan ditandatangani Kebawah Duli (Tuanku), baru saya akan buat pengumuman,” katanya ketika pemberita di luar pekarangan Istana Syarqiyyah, Chendering, pagi ini.

Difahamkan Ahmad Samsuri akan mengeluarkan kenyataan media berhubung tarikh rasmi pembubaran DUN bagi memberi laluan PRN, sebaik selesai sesi menghadap.

Terengganu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Pada PRU-14 lalu, Pas berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 22 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN)  pula menang di 10 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN