DUN Kelantan dibubar pada 22 Jun

DUN Kelantan dibubar pada 22 Jun

AHMAD Yakob selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim sebentar tadi.

Ahmad berkata, tarikh tersebut mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selepas menghadap baginda.

“Kita akan hantar pemakluman itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini.

“Mengikut undang-undang penggal DUN Kelantan yang ke-14 berakhir pada 27 Jun ini,” katanya.

Pengumuman itu secara tidak langsung ‘membuka’ gelanggang kepada parti-parti politik yang akan bertanding pada PRN Kelantan membuat persiapan.

Kelantan mempunyai 45 kawasan DUN yang menyaksikan perebutan antara Pas dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) lalu, Pas menang 37 kerusi sekali gus mengekalkan tampuk pentadbiran negeri sejak tahun 1990.

Sementara itu, BN memperoleh lapan kerusi pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun, satu kerusi milik parti itu telah jatuh ke tangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya