Dua warga Bangladesh maut dalam kebakaran kilang percetakan

Dua warga Bangladesh maut, empat selamat dalam kebakaran kilang percetakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua warga Bangladesh maut menakala empat lagi terselamat dalam kebakaran di sebuah kilang percetakan  di Jalan P10/18, Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerima panggilan pada 4.14 pagi berhubung kebakaran itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, sebanyak tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Bangi dengan bantuan BBP Kajang, BBP Semenyih dan BBP Serdang digerakkan ke lokasi kejadian. 

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah kilang percetakan berkeluasan 60 kali 80 kaki persegi. 

“Pemadaman dilakukan secara pemadaman secara terus ke dalam bangunan oleh anggota bomba. Kebakaran melibatkan kertas kitar semula yang terdapat di dalam bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Wan Md. Razali, pasukan bomba dapat mengawal kebakaran pada pukul 4.48 pagi dan api dipadam sepenuhnya beberapa minit kemudian. 

“Terdapat enam warga Bangladesh yang terperangkap diselamatkan. Bagaimanapun, dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap disebabkan kawasan kilang yang tiada ruang pengudaraan. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya