Dua sahabat dari SMK Guar Nangka harap sambung pengajian di tempat sama - Utusan Malaysia

Dua sahabat dari SMK Guar Nangka harap sambung pengajian di tempat sama

KHAIRUNNISA Che Roslan (empat dari kanan) menerima kunjungan daripada wakil Mara di kediamannya di Kampung Kubang Perun, Padang Besar, Perlis hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Dua sahabat baik sejak kecil dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka yang memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima kunjungan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi menawarkan peluang menyambung pelajaran kepada dua remaja berkenaan.

Kunjungan tersebut diketuai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (latihan dan kerja) Mara negeri, Khartina Musaddiq bersama pegawai Mara Daerah Padang Besar, Siti Norhayati Che Mud.

Hadir sama, Pengetua SMK Guar Nangka, Lili Mariam Mohammad@Mokhtar.

Khairunnisa Che Roslan, 18, dan Nur Alia Maisarah Abdullah, 18, dari Kampung Kubang Perun, di sini bagaimanapun akan mempertimbang tawaran Mara menerusi program bakat muda atau Young Talent Developmet Programme (YTP) itu.

Kedua mereka sebelum ini membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru (IPG).

KHAIRUNNISA Che Roslan (dua dari kanan) menunjukkan keputusan cemerlang SPM yang diperolehinya kepada ahli keluarganya di kediamannya di Kampung Kubang Perun, Padang Besar, Perlis hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Menurut Nur Alia, dia telah membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian ke institusi berkenaan dalam bidang seni untuk mengejar cita-cita sebagai seorang guru.

“Walaupun minat saya dan Khairunnisa berbeza, namun kami mempunyai cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi seorang guru dan disebabkan itu kami berharap dapat menyambung pengajian di tempat sama,” katanya.

Sementara itu, Khairunnisa berkata, dia sememangnya berminat untuk melanjutkan pengajian ke IPG dan berhasrat untuk mendalami bidang perniagaan.

Bagaimanpun, katanya, dia akan turut mempertimbangkan tawaran-tawaran lain yang diterima daripada mana-mana institusi pengajian lain.

“Sebelum ini saya ada membuat beberapa permohonan dan buat masa ini saya masih mempertimbangkan tawaran terbaik untuk melanjutkan pengajian,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya