Dua penyanyi lagu rakyat Pahang Prof Datuk Dr.Aripin Said dan Mas Sabray bertemu selepas 10 tahun di restoran Ikan Patin Along Temerloh baharu-baharu ini.
Aripin lebih dikenali sebagai penyanyi lagu rakyat Pahang sambil menepuk rebana manakala Mas Sabray popular sebagai penyanyi lagu-lagu loghat Pahang.
“Kami lebih 10 tahun tidak bertemu dan berbicara disebabkan kesibukan menguruskan hal kehidupan. Saya menetap di Bangi, Selangor setelah bersara dari Universiti Putra Malaysia (UPM),” kata Aripin.
Pertemuan tidak sengaja dengan Mas Sabray disifatkan sebagai satu pertemuan jejak kasih dengan seorang sahabat sejiwa yang mendaulatkan lagu rakyat Pahang.-utusan