Dua lemas, seorang lagi masih hilang di Pantai Bagan Lalang

Dua lemas, seorang lagi masih hilang di Pantai Bagan Lalang

DUA kanak-kanak ditemukan lemas selepas mandi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dua kanak-kanak ditemukan lemas, manakala seorang lelaki pula masih hilang selepas mandi di Pantai Bagan Lalang, di sini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa yang lemas adalah dua beradik masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun.

Difahamkan, lelaki berusia 30an itu adalah orang awam yang cuba membantu menyelamatkan dua kanak-kanak lemas itu.

Sumber berkata, mangsa pertama adalah kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang ditemukan lemas oleh nelayan, manakala mangsa kedua pula ditemukan selepas timbul di permukaan air setengah jam kemudian.

“Mangsa pertama ditemukan pukul 2.30 petang, manakala mangsa kedua sekitar 3 petang.

“Kedua-dua mangsa dinaikkan oleh nelayan dan orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan usaha kini sedang dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa.

“Usaha menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya