Dua buah kedai hardware musnah terbakar - Utusan Malaysia

Dua buah kedai hardware musnah terbakar

ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran di dua buah kedai hardware di Pekan Wakaf Tapai, Marang, petang tadi. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Dua buah kedai hardware yang terletak sederet di bangunan tiga tingkat musnah dalam kebakaran di Pekan Wakaf Tapai, dekat sini, petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Hambali Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 1. 41 petang.

“Seramai 29 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai dengan bantuan BBP Marang, Kuala Berang dan Kuala Terengganu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan bangunan jenis kekal bekeluasan 6 meter x 18 meter dengan setiap unit terbakar kira-kira 80 peratus di tingkat satu dan dua,” katanya ketika ditemui di sini, petang tadi.

Ujarnya lagi, operasi terkawal pada pukul 2.26 petang dan kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Sementara itu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, saksi kejadian, Siti Noraini Akma Satar, 24, berkata, pada mulanya dia menyangka orang sedang memunggah barang setelah terdengar bunyi bising dan keluar melihat keadaan.

Menurutnya yang bekerja sebagai jurujual di kedai motosikal, dia terkejut melihat kedai hardware bersebelahan premis tempatnya bekerja terbakar.

“Ketika keluar dari kedai motosikal itu, saya terdengar beberapa kali letupan dari dalam kedai hardware tersebut.

“Saya terkejut dan panik lalu kemudiannya maklumkan kepada rakan-rakan sekerja, minta mereka hubungi bomba setelah mendapati api marak begitu cepat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya