Dominasi Marcus, Mirable jitu, rangkul trofi TSMCG ke-13

Dominasi Marcus, Mirabel sukar digugat, rangkul trofi TSMCG ke-13

JUARA lelaki dan wanita, Marcus Lim dan Mirabel Ting bersama Muhyiddin Yassin (dua, kiri) dan Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor (dua, kanan); Presiden TSMCG, Datuk Mustapha Buang (kiri) dan Pengerusi TSMCG, Datuk Wan Shalihuddin Wan Ibrahim selepas majlis penyampaian hadiah di KLGCC, Kuala Lumpur, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejaguhan pemain golf remaja Persatuan Golf Malaysia (MGA), Marcus Lim dan Mirabel Ting sukar digugat oleh pencabar lain sejak hari pertama kejohanan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) edisi ke-13 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), di sini.

Selepas cemerlang pada hari pertama dengan masing-masing merekod 69 pukulan dua di bawah par dan 67 pukulan empat di bawah par, Marcus dan Mirabel terus mendominasi permainan sehingga hari terakhir sekali gus merangkul trofi TSMCG yang disampaikan oleh Pengasas TSMCG, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sepanjang tiga hari kejohanan, Marcus melakar tiga di bawah par dengan 210 pukulan keseluruhan manakala Mirable jauh meninggalkan pencabarnya apabila membenam 10 di bawah par dengan 203 pukulan keseluruhan.

Naib juara bagi kategori lelaki ialah Malcom Ting Siong Hung dengan 215 pukulan keseluruhan dua di atas par, manakala di tangga ketiga milik Isaac Chern Yi To yang mencatat 216 pukulan tiga di atas par.

Sementara itu, Charlayne Chong Shin Ling yang gagal menyekat penguasaan Mirabel dalam kategori wanita hanya mampu mengumpul 215 pukulan dua di atas par untuk muncul selaku naib juara, diikuti Ng Jing Xuen dengan 217 empat di atas par di tangga ketiga. 

Kejohanan TSMCG yang memasuki edisi ke-13 ini bermatlamat untuk mencungkil bakat-bakat muda berpotensi untuk diketengahkan dalam usaha membangun dan mempertingkatkan sukan golf di negara ini.

Muhyiddin dalam ucapannya selepas majlis penyampaian hadiah berkata, dengan usaha Tunas Bistari Akademi dan kerjasama padu MGA, beliau yakin ramai bakat-bakat muda dalam sukan golf dapat dilahirkan, sekal gus mampu menyaingi pemain-pemain golf dunia suatu hari nanti.

TSMCG kini menjadi platform penting dalam membantu mempersiapkan pemain untuk acara utama melalui tahap persaingan dan pengalaman. Ia terbukti dengan kejayaan dalam Sukan SEA 2021 di Hanoi apabila pemain muda membawa pulang dua emas dan dua gangsa.

“Memontem itu berterusan pada Sukan SEA 2023 di Kemboja di mana pemain golf berbakat kami merangkul emas, perak dan dua lagi gangsa.

“Ia pastinya satu pencapaian yang membanggakan dan menguatkan tekad kami untuk terus memajukan sukan golf ini di Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, MGA telah memilih empat pemain dari Tunas Bistari Akademi untuk diserapkan di dalam pasukan golf remaja elitnya. – UTUSAN

KEPUTUSAN

LELAKI

Marcus Lim -3 (69 71 70)

Malcom Ting Siong Hung +2 (70 71 74)

Isaac Chern Yi To + 4 (75 68 73)

Nateeshvar Anatha Ganesh +4 (75 71 71)

Rizq Adam Rohizam +6 (71 73 75)

Putera Haikal Hakeem Halim +8 (76 74 71)

Muhammad Adif Haikal Md. Hazan +9 (76 76 70)

Syed Nor Ismail Sha Hussein +10 (75 72 76)

Muhammad Ajmal Amin Mohd. Fajri +12 (72 79 74)

Wan Hasnul Daniel Wan Omar Zahdi +13 (77 75 74)

WANITA

Mirabel Ting -10 (67 66 70)

Charlayne Chong Shin Ling +2 (73 67 75)

Ng Jing Xuen +4 (72 70 75)

Allycia Gan +17 (81 73 76)

Vanessa Chong Yi Wen +20 (77 75 81)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya