‘Di mana kami hendak berteduh?’

‘Di mana kami hendak berteduh?’

MAIMUNAH Ahmad (tengah) bersama dua anaknya memeriksa sisa kebakaran di rumah mereka yang yang terbakar semalam di Kampung Esso Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Empat beranak di Kampung Esso di sini terpaksa berteduh di rumah mereka yang terbakar petang semalam ke­rana tiada pilihan untuk tinggal sementara di tempat lain.

Mereka terdiri daripada ibu dan tiga anak perempuannya termasuk seorang daripadanya orang kurang upaya (OKU) yang berusia 35 tahun.

Wanita tersebut, Maimunah Ahmad, 51, berkata, kebakaran pada kira-kira pukul 5 petang semalam menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang dan rumah yang mereka duduki juga mengalami kerosakan yang teruk.

Dia yang kematian suami berkata, kerana tiada tempat berteduh yang lain, mereka sekeluarga terus tinggal di situ termasuk semalam, selepas rumah mereka terbakar.

“Saya tidak tahu hendak bawa ke mana anak-anak saya berteduh, tiada tempat buat kami untuk kami menumpang berteduh selepas rumah kami terbakar petang semalam.

“Untuk menumpang di rumah saudara mara, saya kena fikir keadaan anak saya yang OKU, dia tidak mampu nak menguruskan dirinya sendiri.

“Saya terkilan kerana tak dapat selamatkan semua barang dalam rumah termasuk perabot, peralatan elektrik, barangan berharga, semuanya musnah,” katanya.

“Saya berharap ada pihak yang sudi membantu kami untuk mendapatkan tempat ber­teduh sementara buat saya dan anak-anak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, dia berharap ada pihak yang sudi membantunya membina rumah baharu yang lebih selesa.

“Saya tidak mampu untuk membina rumah kerana saya hanya bekerja sebagai penjaga parkir lori pasir dengan gaji kira-kira RM1,200 sebulan,” katanya.

Sehubungan untuk keluarga ini boleh disalurkan ke akaun Maybank 15201034052 atas nama Maimunah.  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya