Dewan Negara: Wan Junaidi, Nur Jazlan selesai angkat sumpah - Utusan Malaysia

Dewan Negara: Wan Junaidi, Nur Jazlan selesai angkat sumpah

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 manakala Datuk Nur Jazlan Mohamed pula sebagai timbalannya.

Pelantikan Wan Junaidi dipersetujui sebulat suara selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Nur Jazlan pula mendapat 43 undi menewaskan satu nama lain iaitu Senator Datuk Razali Idris yang mendapat 11 undi. Lapan senator dilaporkan tidak hadir pada persidangan pagi ini.

Dalam ucapan sulungnya, Wan Junaidi berkata, beliau masih komited untuk mentransformasikan sistem Parlimen di negara ini.

“Saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, tidak dalam mimpi atau perancangan saya, Allah SWT telah menunjukkan jalan untuk saya ke sini, tapi saya lihat perkhidmatan ini dari sudut peribadi dan sudut kerajaan iaitu untuk mentransformasikan Parlimen Malaysia.

“Saya secara khusus ada tiga perkara pokok yang perlu dilaksana iaitu untuk melaksana Akta Pentadbiran Parlimen, sama ada menggubal atau meminda akta hak dan kebebasan kuasa Parlimen 1952 dan juga meminda peraturan-peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya merealisasikan kehendak kedua-dua dewan mengadakan jawatankuasa departmental.

“Yang keempat iaitu kerja lama saya iaitu memperkenalkan etika Ahli Parlimen kerana pada saya tugas Ahli Parlimen bukanlah cari gaduh dalam dewan dan bermain politik tetapi tugas dan tanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya