Hampir RM1 bilion diluluskan bagi pinjaman KWSP

Hampir RM1 bilion diluluskan bagi pinjaman KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM981.9 juta diluluskan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 11 Jun baru-baru ini.

Menerusi jawapan bertulis, Kementerian Kewangan menjelaskan FSA2 telah menerima sebanyak 168,925 permohonan namun hanya 88,414 individu mendapat kelulusan.

Daripada jumlah hampir RM1 billion tersebut, RM878.6 juta disalurkan di bawah MBSB Bank Bhd. dan selebihnya RM103.3 juta adalah dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Terdahulu, Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff membangkitkan perkara itu dan bertanya mengenai jumlah pencarum yang telah memohon dan mendapat kelulusan pinjaman KWSP sebagai cagaran sehingga Mei 2023.

Pemohon yang tidak layak adalah disebabkan pemohon tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti permohonan tidak lengkap, di luar umur kelayak dan baki simpanan Akaun 2 tidak mencukupi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya