Dedah dalang, perjanjian penaja waris kesultanan Sulu - Azalina

Dedah dalang, perjanjian penaja waris kesultanan Sulu – Azalina

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Firma dana litigasi terkemuka dunia, Therium diminta mendedahkan perjanjiannya dengan waris kesultanan Sulu atas tuntutannya terhadap Malaysia ketika ini.

Perkara itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Saya dah arahkan Jabatan Peguam negara untuk berkomunikasi dengan Therium, mengarahkan peguam solicitor di United Kingdom (UK) untuk menulis secara rasmi, memberi maklum iaitu disclosure (pendedahan) kepada perjanjian antara Therium dengan waris Sulu.

“Kami juga telah memberi arahan baharu, kalau gerakan itu ada elemen penipuan, kami akan ambil tindakan di bidang kuasa offensive (agresif) sama ada di Amerika Syarikat (AS) atau UK,” katanya dalam sidang media di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), hari ini,

Pada masa sama, Azalina berkata, kerajaan terus menyiasat sama ada tuntutan itu melibatkan keganasan dari aspek kewangan.

“Berkenaan salah seorang waris dilihat sebagai pengganas seperti disebut Menteri Dalam Negeri, kita akan tengok apa perlu dilakukan dalam terorism financing. Kita akan beri maklum pada pihak berkuasa untuk membuat siasatan lebih, sebab kita tak tahu sama ada ia bukan hanya gerakan untuk penipuan duit sahaja atau lebih dari segi kedaulatan. Tetapi Perdana Menteri mengesahkan kerajaan Filipina tidak terlibat, ini gerakan peribadi.

“Jadi, waris ini boleh ada kemampuan untuk ke negara-negara Barat yang kita kerajaan pun berbelanja berjuta (ringgit). Dia yang kononnya tak ada kemampuan, tiba-tiba ada kemampuan. Persoalannya siapa dalang di belakang mereka, adakah hanya untuk wang ataupun lebih daripada wang? Ini persoalannya,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan tuntutan itu sebagai serangan yang sotisfikated.

“Ini cara peperangan baharu, dia gunakan elemen kewangan, sebab kerajaan terlibat dalam pelbagai perniagaan, mungkin mereka cari sesuatu nak wujudkan kegusaran.

“Jadi, saya buat kesimpulan, kita kena matikan segala gerakan yang dilakukan daripada aspek funding daripada waris. Kita akan buatkan satu legal opinion sama ada perlu kita saman untuk kerugian kita hadapi dan sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, kerajaan masih menyiasat pihak di sebalik tuntutan waris kesultanan Sulu namun hanya dapat memberikan bayangan awal.

“Kita masih nak siasat, Menteri Luar bertanggungjawab dalam perkara ini, bukti itu kita ada tapi tidak menyeluruh. Kita nak betul-betul mengesahkan tapi banyak catatan dari AS, laman sesawang Malaysia-Sulu juga banyak dari AS. Jadi kita tak tahu sama ada mereka seronok tengok negara-negara ASEAN terlibat dalam proses ini, tapi banyak fokus dari AS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya