Cultra 2023: 2,500 pelari berentap

Cultra 2023: 2,500 pelari berentap

SEBANYAK 2500  peserta dijangka terlibat dalam acara larian Cultra 2023 bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara larian denai Cameron Highlands, Cameron Ultra (Cultra) bulan depan berpotensi merangsang pendapatan ekonomi tempatan dan  sektor pelancongan dengan unjuran pendapatan sebanyak RM12 juta pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pemasaran Boh Plantation, Aina Mohd. Ramly berkata, acara larian Cultra sebelum ini berjaya mempromosikan keunikan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan dalam kalangan pengunjung tempatan dan luar negara.

Beliau berkata, dengan pertambahan jumlah penyertaan pelari yang mencecah 2,500 dari melibatkan 36 negara sekali gus memberi impak kepada kedua-dua aspek berkenaan.

“Setiap tahun menerusi penganjuran acara larian ini jumlah peserta juga semakin meningkat terutama membabitkan peserta dari pelbagai negara asing. Ia sekali gus dapat memperkenalkan keunikan ladang teh kami kepada pengunjung.

“Justeru kesan yang jelas boleh dilihat apabila kami secara tidak langsung dapat mengetengahkan produk pelancongan yang ada di sini termasuk ladang teh yang menjadi salah satu laluan acara ini,” katanya dalam majlis pelancaran dan penghargaan Cultra 2023 yang memasuki tahun keenam pada tahun ini. 

Acara larian yang diadakan setiap tahun ini turut dimasukkan ke dalam kalender acara pelancongan Malaysia oleh Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) pada tahun ini selepas mendapat penyertaan tinggi daripada pelbagai negara asing untuk acara sukan larian denai ultra.

Cultra 2023 menawarkan lima kategori jarak larian iaitu bermula empat kilometer (km) (beginner), 14km, 14 km, 30 km, 60 km dan 100 km. Bagi kategori 100km berjaya ditamatkan pelari dari Jepun,  Hisashi Kitamura  dalam tempoh masa 12 jam 1 minit  dan 7 saat pada tahun lalu.

Sementara itu, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata, acara pelancongan sukan seperti Cultra memberi pulangan kepada ekonomi kerajaan negeri selepas berjaya menarik kehadiran peserta larian dan ahli keluarga.

“Apabila adanya acara pelancongan sukan seperti ini, ia memberi kesan ekonomi yang baik kepada kerajaan negeri kerana peserta bukan sahaja hadir untuk perlumbaan malah berbelanja untuk aktiviti pelancongan bersama keluarga.

“Jadi menerusi angka kehadiran peserta tahun ini yang meningkat kita mengunjurkan RM12 juta perbelanjaan pelancongan untuk acara itu sahaja selama tiga hari di Cameron Highlands,” katanya. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya