Cuaca buruk, misi terakhir carian Hawari ditangguh

Cuaca buruk, misi terakhir carian Hawari ditangguh

PERTEMUAN ahli keluarga Muhammad Hawari bersama sherpa, Chatur Man (kanan) iaitu individu yang membantu Muhammad Hawari ke puncak Everest.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Misi kali terakhir menerusi carian udara bagi mengesan Muhammad Hawari masih belum boleh dilaksanakan susulan cuaca buruk.

Operasi menggunakan helikopter itu sepatutnya dijalankan 7 Jun lalu, namun, ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023), Azim Afif Ishak berkata, cuaca buruk itu menghalang penglihatan juruterbang helikopter menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun sudah bersedia setiap masa untuk diterbangkan ke Lukla dan seterusnya memasuki kawasan pergunungan Everest jika cuaca baik.

“Semua kelengkapan operasi SAR sudah sedia di dalam helikopter dan hanya menunggu masa sesuai untuk berlepas seterusnya ke Kem Dua dan Kem Tiga.

“Kita cuba meneruskan operasi SAR hari ini dan berharap keadaan cuaca baik di kawasan pergunungan Everest bagi memudahkan helikopter mengadakan pencarian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya akan berusaha memenuhi permintaan ahli keluarga Muhammad Hawari dan akan mencari waktu yang sesuai untuk mengadakan operasi SAR sebelum mereka berangkat pulang ke tanah air.

Azim berkata, pihaknya sudah memberi penerangan kepada pasukan operasi SAR untuk memberi tumpuan kepada kawasan ‘hot spot’ yang boleh dipantau melalui udara.

Pada masa sama, katanya, pihaknya turut dimaklumkan bahawa ‘Taufan ‘Biparjoy’ akan melanda India, Pakistan dan Nepal pada Jumaat ini dan berharap operasi ini dapat diadakan sebelum tarikh itu.

“Sekiranya usaha ini mendapat petunjuk baharu mungkin kita boleh membuat tindakan seterusnya dan ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa Nepal,” katanya.

Katanya, operasi SAR terakhir diadakan ini adalah bagi memenuhi permintaan ahli keluarga Muhammad Hawari yang ketika ini berada di Nepal.

Dua ahli keluarga Muhammad Hawari iaitu adik bongsunya, Mohamad Ismail, 28, dan adik ipar, Azhar Ilias, 35, berada Kathmandu, Nepal sejak minggu lalu bagi mengikuti perkembangan terkini operasi SAR itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya