CEO Finas perlu pengalaman mentadbir - Norman Abdul Halim

CEO Finas perlu pengalaman mentadbir – Norman Abdul Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim, 51, berharap individu yang akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu memiliki pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pentadbiran.

Kata Norman, kriteria tersebut penting bagi membolehkan individu tersebut mentadbir dan membawa hala tuju perbadanan tersebut secara lebih berkesan dan berimpak tinggi.

“Selain itu, individu berkenaan perlu berpengetahuan dalam aspek pembangunan kemahiran, arif dalam merangka pelan pembangunan serta latihan merangkumi  bidang penerbitan, pemasaran dan sebagainya.

“Paling penting, individu tersebut kena ada pengalaman  tadbir urus dalam mana-mana agensi kerajaan.

“Dalam erti kata lain, Finas perlukan tokoh yang mampu membawa perubahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional Malaysia, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim  ditamatkan dalam tempoh 24 jam berkuat kuasa 1 Jun lepas.

Perkembangan tersebut menerima reaksi pelbagai daripada penggiat industri seni tempatan.

Dalam pada itu, Norman juga berharap individu tersebut faham peranan Finas dalam membina ekonomi bagi industri filem tempatan.

“Sebelum ini ada cadangan untuk menubuhkan akademi Finas. Pada saya, perbadanan ini bukan institusi pengajian tinggi, justeru cadangan tersebut tidak bersesuaian. Apa yang perlu adalah peranan Finas memperkasa ekonomi filem negara itu yang dimantapkan.

“Langkah rancangan apprenticeship dalam hal ehwal produksi dan penerbitan itu yang perlu digerakkan,” katanya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya