CAAM siasat helikopter mendarat di Shah Alam

CAAM siasat helikopter mendarat di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memulakan siasatan berhubung isu sebuah helikopter yang dilaporkan mendarat di Shah Alam, Selangor pada 17 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Norazman Mahmud berkata, siasatan awal mendapati, helikopter peribadi jenis G2CA-Cabri itu disahkan dengan nombor pendaftaran N99UR.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

“CAAM ingin mengingatkan semua pengendali pesawat bahawa pematuhan penuh kepada peraturan dan arahan adalah wajib bagi memastikan keselamatan orang awam.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah helikopter telah mendarat dipercayai menghantar seorang pelajar sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park, Setia Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dilaporan berkata, pesawat itu mendarat di kawasan tanah lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 pada 17 April lalu.

“Helikopter itu dipercayai mendarat selama 15 minit, kira-kira pukul 8 pagi di kawasan tersebut dan satu laporan polis dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan ketenteraman Awam (KBKDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, ia kali kedua helikopter mendarat di kawasan itu, namun penduduk tidak merakam kejadian pertama sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN