Bunuh, bakar kekasih hamil: Tumpuan di mahkamah Sungai Besar - Utusan Malaysia

Bunuh, bakar kekasih hamil: Tumpuan di mahkamah Sungai Besar

Bunuh kekasih hamil
SUSPEK tiba di Mahkamah Majistret Sungai Besari diiringi pegawai dan anggota polis untuk berdepan pertuduhan bunuh seorang wanita hamil, di Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Bangunan Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini menjadi tumpuan petugas media bagi mengikuti pertuduhan terhadap seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil, minggu lalu.

Suspek berusia 20 tahun yang berbaju T kuning dan berseluar sukan tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.55 pagi tadi dengan dikawal ketat sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Lebih 20 wartawan dan jurugambar berada di perkarangan mahkamah itu seawal pukul 7.30 pagi bagi membuat liputan terhadap prosiding pertuduhan suspek yang direman sejak 24 Mei lalu.

Bagaimanapun, tiada keluarga mangsa atau suspek dilihat berada di bangunan mahkamah bagi mengikuti prosiding tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor membenarkan reman ke atas lelaki berusia 20 tahun itu disambung selama lima hari sehingga Jumaat ini berhubung siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek selama dua hari bermula Isnin minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi Selasa minggu lalu.

Siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam.

Keluarga mangsa menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu.

Mereka turut berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang dan jenazah anak kelima daripada enam beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya