Bubar DUN: Kon Yeow bertemu Yang Dipertua Negeri 8 pagi esok - Utusan Malaysia

Bubar DUN: Kon Yeow bertemu Yang Dipertua Negeri 8 pagi esok

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN : Ketua Menteri, Chow Kon Yeow akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak esok bagi mendapatkan persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang seterusnya membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Kon Yeow berkata, pertemuan dengan Ahmad Fuzi itu telah dijadualkan pukul 8 pagi esok.

“Semasa pertemuan pagi esok, saya akan memaklumkan kepada Yang Dipertua Negeri mengenai pembubaran DUN Pulau Pinang dan mendapatkan persetujuan beliau.

“Selepas itu, saya akan mengadakan sidang media pukul 2.30 petang untuk mengumumkan pembubaran itu, sidang media ini juga akan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dijemput,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mengadakan PRN dalam tempoh terdekat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini berpendapat PRN di enam negeri itu perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, segala isu mengenai pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) negeri itu akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden.

”Tiada lagi rundingan dan segala keputusan eloklah diumumkan serta dimuktamadkan oleh Majlis Presiden,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai berapa kerusi DUN yang disasarkan dimenangi oleh gabungan PH-BN dalam PRN, Kon Yeow berkata, kemenangan 30 hingga 32 kerusi DUN adalah satu pencapaian yang memuaskan.

”Pada pilihan raya negeri 2008, PH memenangi 29 kerusi manakala pada pilihan raya negeri 2013, PH memenangi 30 kerusi.

”Kalau boleh capai 30 hingga 32 kerusi (DUN) pada PRN ini, ia boleh dianggap satu keputusan memuaskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya