Bomoh didakwa lakukan hubungan seks tanpa kebenaran

Bomoh didakwa lakukan hubungan seks tanpa kebenaran

NOR Muhamad Ahmad dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini atas tuduhan melakukan perhubungan seks tanpa kebenaran terhadap seorang wanita di Kuala Klawang, Jelebu hujung bulan lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH:  Seorang bomoh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini, atas tuduhan melakukan perhubungan seks tanpa kebenaran terhadap seorang wanita di Kuala Klawang, Jelebu hujung bulan lalu.

Tertuduh, Nor Muhamad Ahmad, 57, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, pada 30 Mei lalu, kira-kira pukul 10.30 malam bertempat di ruang tamu dalam rumah di Taman Angsana Kuala Klawang, Jelebu, tertuduh didapati melakukan perhubungan seks dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran. 

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan kerana melakukan seks tanpa kerelaan mangsa sekali gus memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan dan sekiranya mahkamah membenarkannya, tertuduh perlu dikenakan jaminan yang tinggi selain syarat tambahan seperti tidak mendekati mangsa.

Majistret kemudiannya tidak menawarkan wang jaminan dan menetapkan 17 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah.

Difahamkan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Klawang 2 Jun lalu, kerana takut dengan tertuduh yang sering datang ke rumah.

Berdasarkan laporan berkenaan, tertuduh dikenali sebagai tukang urut tradisional serta pandai membuat rawatan dan menyatakan sekiranya ingin sembuh perlu membuat pengorbanan diri.

Tertuduh kemudiannya melakukan tindakan di luar batasan dan mangsa segera lari ke luar rumah bagi menyelamatkan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya