Bola tampar gergasi

Bola tampar gergasi

SUKAN bola tampar gergasi memeriahkan acara sukan antara Kelab Media Johor (KMJ) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Johor pada Program Teroka Balau sempena Majlis Ramah Mesra SKM dan KMJ di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Teroka Balau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Johor bersama Kelab Media Johor (KMJ) di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini berlangsung meriah dengan diserikan pelbagai aktiviti lasak dan sukan.

Turut menyertai program itu ialah ahli Koperasi Peneroka Felda Air Tawar 5 Berhad, Koperasi Felda Sungai Mas Bhd., Koperasi Orang Asli Felcra Sungai Layau Berhad, Koperasi Pengerang Jaya Berhad, Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Berhad dan Koperasi Keluarga Tukiman Al-Haj Berhad.

Selain diperkenal dengan peranan SKM dalam membantu menjayakan aktiviti koperasi, para peserta dibawa melakukan aktiviti merentas hutan berbukit berhampiran Bayu Balau Beach Resort.

Pada majlis makan malam yang turut dihadiri Pengarah SKM Johor, Fadilah Salim, para peserta dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk kambing bakar sambil dihiburkan dengan nyanyian karaoke serta cabutan nombor bertuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya