ALOR SETAR: Semua pihak digesa untuk mengamalkan sepenuhnya prinsip demokrasi di negara ini sepanjang tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga ke hari pengundian dan pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, mana-mana parti termasuk Perikatan Nasional (PN) perlu menggunakan kapasiti dan kekuatan sendiri tanpa perlu menyalahgunakan aset kerajaan sepanjang berkempen. “Bertanding secara anak jantan, jangan cakap lain buat lain. Jangan guna harta kerajaan untuk kempen, jangan guna dana kerajaan untuk kempen, jangan guna agensi kerajaan untuk kempen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya