Berlatih hanya di Sungai Tambun Tulang, namun bersinar di peringkat antarabangsa - Utusan Malaysia

Berlatih hanya di Sungai Tambun Tulang, namun bersinar di peringkat antarabangsa

MESKIPUN berlatih dalam keadaan serba kekurangan hanya di Sungai Tambun Tulang namun atlet-atlet yang dilahirkan dari Persatuan Kanu Perlis terus menyinar sehingga di peringkat antarabangsa di Tambun Tulang, Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Melalui jalan Tambun Tulang di sini pastinya terlihat kelibat sekumpulan remaja dari Persatuan Kanu Perlis sedang giat menjalani latihan pada sebelah petang di sungai berkenaan dalam keadaan serba kekurangan.

Bagaimanapun, sungai berkenaan ‘menjadi saksi’ bagaimana begitu ramai bakat dalam sukan itu dilahirkan di sini yang berjaya menembusi peringkat antarabangsa selain pelbagai kejayaan lain di dalam negara.

Namun, sukan kanu dan kayak itu seolah-olah kurang diberi perhatian termasuk dalam soal bantuan dana dan kemudahan fasiliti dengan persatuan berkenaan terpaksa mencari peruntukan sendiri khususnya apabila ingin menyertai sesuatu kejohanan.

Sejak ditubuhkan 30 tahun lalu, persatuan tersebut melahirkan ramai bakat dalam sukan tersebut termasuk atlet dari negeri ini yang pernah layak di Sukan Olimpik Athens pada 2004 selain pelbagai kejayaan besar lain di peringkat antarabangsa khususnya Asia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ketua jurulatih merangkap Timbalan Presiden Persatuan Kanu Perlis, Sham Husin,47, berkata, remaja dalam kalangan berusia antara 12 sehingga 21 tahun itu menjalani latihan di Sungai Tambun Tulang sejak dahulu sebelum mewakili negeri dan ada diantara mereka berjaya menembusi peringkat kebangsaan.

Katanya, meskipun kemudahan fasiliti serba kekurangan namun bukan penghalang kepada mereka untuk terus berusaha gigih seterusnya mengecapi pelbagai kejayaan yang mengharumkan nama negeri ini.

MESKIPUN berlatih dalam keadaan serba kekurangan hanya di Sungai Tambun Tulang namun atlet-atlet yang dilahirkan dari Persatuan Kanu Perlis terus menyinar sehingga di peringkat antarabangsa di Tambun Tulang, Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Ujarnya, setakat ini, mereka mempunyai 50 kayak untuk latihan empat hari seminggu dari pukul 5.30 sehingga 6.30 petang termasuk pada hari minggu jika bakal menghadapi sesuatu kejohanan.

“Kita tidak ada peruntukan dana tahunan dan jika ingin menyertai sesuatu kejohanan kita terpaksa menggunakan yuran ahli dan sumbangan-sumbangan dari ahli-ahli jawatankuasa persatuan tersebut.

“Sukan ini mempunyai potensi besar dan sering menyumbang pingat kepada negeri termasuk menyertai kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa namun kita kurang diberi perhatian memandangkan ia bukan sukan teras.

“Sejak Sukan Malaysia (Sukma) dari 1996 sehingga kini, kita telah membawa pulang kira-kira 41 pingat sama ada emas, perak atau gangsa. Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam sukan ini, Perlis dilihat jauh ketinggalan khususnya daripada aspek kemudahan dan fasiliti,” katanya.

Tambah Sham, pada masa ini, peralatan kayak serta kanu berkenaan hanya disimpan di tandop di lokasi tempat latihan tersebut.

“Kalau boleh, kita harap mendapat perhatian kerajaan negeri ini khususnya daripada aspek pemberian dana untuk pembangunan sukan yang banyak menyumbang kepada negeri selain kemudahan tempat menyimpan kayak dan kanu,” katanya.=UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya