Belum terlewat ubah keputusan dasar penjawat awam Selangor - Utusan Malaysia

Belum terlewat ubah keputusan dasar penjawat awam Selangor

CUEPACS
ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dikatakan masih belum terlewat untuk melaksanakan semula dasar pelantikan penjawat awam kontrak yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun kepada status tetap.

Dasar tersebut adalah selaras dengan saranan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang dinyatakan pada 2016.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs menyambut baik jaminan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagi menyemak semula keputusan membatalkan dasar pelantikan tetap yang dibuat baru-baru ini.

“Cuepacs yakin kerajaan negeri amat prihatin mengenai kebajikan penjawat awam dan sentiasa menghargai setiap jasa serta pengorbanan yang dicurahkan mereka selama ini. 

“Kami bersedia mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan amat yakin bahawa kepimpinan Menteri Besar Selangor bijak dalam mengendalikan situasi yang berlaku ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menggesa kerajaan negeri menimbang semula keputusan untuk membatalkan Dasar Pelantikan Tetap Penjawat Awam Bertaraf Kontrak apabila menyifatkan tindakan tersebut disifatkan sebagai terburu-buru dan tidak cermat.

Bagaimanapun, Adnan yakin Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor akan membincangkan perkara tersebut.

Oleh demikian, beliau sekali lagi menegaskan keputusan membatalkan pelaksanaan dasar tersebut tidak akan membawa kebaikan kepada kakitangan awam negeri ini.

“Setiap pekerjaan sentiasa mahukan pembangunan dalam kerjaya masing-masing dan begitu juga dengan penjawat awam yang berkhidmat di agensi serta jabatan di bawah kerajaan negeri. 

“Suatu perkara yang amat mendukacitakan jika aspek pembangunan kerjaya dicantas begitu sahaja tanpa memaklumkan sebab yang munasabah. Seluruh penjawat awam di Selangor mengharapkan berita yang gembira daripada kepimpinan kerajaan negeri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, setiap pekerja sentiasa mahukan pembangunan dalam kerjaya masing-masing dan begitu juga dengan penjawat awam yang berkhidmat di agensi serta jabatan di bawah kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN