Belia 22 negara berkumpul perkasa pendidikan bukan formal

Belia 22 negara berkumpul perkasa pendidikan bukan formal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 150 peserta melibatkan organisasi belia dari 22 negara Asia Pasifik berkumpul di sini untuk memperkasa pendidikan bukan formal dan meneroka Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selama empat hari  sehingga 18 Jun ini. 

Unit Komunikasi Korporat dan Media Persekutuan Pengakap Malaysia PPM dalam satu kenyataan memaklumkan, program anjuran PPM itu untuk menyediakan landasan kepada organisasi-organisasi belia meneroka dan mengkaji cara bekerjasama dalam satu projek.

“Objektifnya adalah menyediakan landasan bagi orang muda membina kompetensi yang diperlukan dan menyelesaikan isu dalam komuniti tempatan serta global.

“Ia juga bertujuan mengkaji, membentuk dan menguji projek rintis dalam kalangan orang muda organisasi-organisasi belia berkaitan dengan SDG,” katanya. 

Kenyataan itu memaklumkan, lawatan sambil belajar akan diadakan bersama Taman Tugu dengan para peserta berpeluang mendapat inspirasi daripada usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dilaksanakan  oleh pengurusan  taman itu.

“Taman Tugu  dengan kerjasama mySDG Academy akan mengadakan pameran SDG bagi mempamerkan usaha-usaha tempatan terhadap SDG.

“Salah satu pengisian menarik semasa lawatan ke Taman Tugu ialah organisasi-organisasi belia ini akan melakukan aktiviti Pengambilan Pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan sidang kemuncak ini,” katanya. 

Katanya, sepanjang empat hari penganjuran itu, lima organisasi belia terlibat berkongsi amalan terbaik dilaksanakan oleh mereka berhubung mobilisasi belia dan kerjasama untuk pembangunan mampan.

“Lima organisasi belia peringkat antarabangsa yang menyertai sidang kemuncak ini adalah Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM), World Assosiation of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS), The International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), Young Men’s Christian Association (YMCA) dan The Duke of Edinburgh. 

“Selain itu, pelbagai sesi makmal diadakan untuk para peserta berbincang tentang idea-idea projek kerjasama  yang boleh diimplementasikan bersama,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah sidang kemuncak, Theodorus Clarence Tessensohn berkata, selaras dengan Pelan Rantau Asia-Pasifik 2022-2025, sidang kemuncak itu diharap menjadi permulaan kepada usaha memperkasa pendidikan bukan formal dan membangunkan orang muda dengan kompetensi yang diperlukan bagi menyelesaikan isu komuniti tempatan dan global serta menjadi warganegara yang aktif. 

Katanya, sidang itu juga mempunyai objektif untuk mengkaji, membentuk dan menguji satu projek rintis dalam kalangan orang muda dan organisasi belia berkaitan SDG.

“Melalui Sidang kemuncak ini, sekurang-kurangnya satu projek kolaborasi peringkat rantau Asia-Pasifik dan satu di peringkat kebangsaan akan diimplementasikan dalam masa tiga tahun.

“Kesannya, projek ini akan menjadi sumber inspirasi untuk pelbagai projek kolaborasi dilaksanakan di negara-negara lain, negeri-negeri di Malaysia dan seterusnya ke peringkat akar umbi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya