Bayaran tuntutan petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai

Bayaran tuntutan petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai

Seramai 259,668 calon bakal menduduki ujian Amali Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PUTRAJAYA: Pembayaran tuntutan Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) bagi petugas dan pemeriksa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 31 Julai depan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, ia melibatkan seramai 131,318 orang petugas peperiksaan dan 29,421 orang pemeriksa peperiksaan.
Menurutnya, sehingga 23 Jun lalu, pembayaran IKH dan TNT telah selesai 100 peratus di sembilan buah negeri.
“Pembayaran IKH bagi pemeriksa peperiksaan pula telah selesai 98 peratus.

“KPM komited memastikan pembayaran tuntutan petugas dan pemeriksa peperiksaan SPM Tahun 2022 diselesaikan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, KPM berterima kasih dan menghargai sumbangan setiap petugas dan pemeriksa peperiksaan dalam memastikan peperiksaan SPM Tahun 2022 berjalan lancar. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya